Malaysia, Permulaan yang baru 2018



Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum , budaya, dan agama. Antaranya adalah Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Apabila nama Malaysia dinaikkan di pentas dunia, tidak dapat dinafikan bahawa keunikan dan keindahan Malaysia sering dipuji oleh negara-negara lain oleh sebab pelbagai jenis bangsa dan kaum boleh hidup bersatu padu dalam satu negara tanpa masalah discriminasi, konflik, dan kritikan. Perkembangan teknologi, politik dan ekonomi juga semakin matang dan maju atas setiap usaha pemimpin-pemimpin dan rakyat Malaysia yang berfikiran jauh dan menpunyai sanubari untuk memajukan negara Malaysia. 




Pada 10 Mei 2018, tarikh ini merupakan tarikh yang bersejarah dan bermakna kepada semua rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana reformasi Malaysia berjaya dilakukan oleh rakyat Malaysia dengan melalui pengundian pilihanraya ke-14. Rakyat Malaysia sanggup balik ke negeri masing-masing untuk mengundi walapun jauh, menjadi pemeriksa mengundi secara sukarela, menentang process pengundian yang tidak amanah, dan menyebarkan kepentingan pilihanraya dalam kalangan masyarakat. Matlamat semua rakyat Malaysia adalah sama, iaitu membentuk negara yang bersih, maju dan bebas daripada cengkaman pentadbiran yang berasuah dan tidak amanah. Sejurus dengan itu, hal ini juga memaparkan suara setiap rakyat Malaysia adalah didengar oleh pihak kerajaan.

Bagi saya, gambaran hari 10 Mei 2018 selepas pilihanraya 9 Mei 2018 yang bermakna ini tidak dapat dirumuskan dengan perkataan. Ini merupakan titik permulaan yang baru kepada negara Malaysia dengan pembentukan Kerajaan yang baru. Selain itu, demi masa depan Malaysia, sebelum pilihanraya tersebut, rakyat Malaysia sanggup bersatu-padu mempertahankan process pengundian bebas daripada rasuah, undi daripada buruh-buruh asing, dan ganguan daripada pihak-pihak yang tidak diketahui. Nilai perpaduan, keadilan, dan kesabaran juga merupakan nilai-nilai yang boleh menjadi teladan kepada negara-negara lain dan juga merupakan detik yang patut ditulis dalam buku sejarah Malaysia supaya menjadi satu peristiwa yang dikenangi oleh generasi yang akan datang. Hal ini demikian kerana setiap usaha yang dicurahkan oleh pemimpin dan pihak-pihak yang berkaitan harus dikenangi oleh kita selama-lamanya.


Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa terharu kerana peristiwa ini berjaya menyatukan rakyat Malaysia untuk mengundi dan mengekalkan kepercayaan antara satu sama lain untuk melaksanakan pilihanraya ke-14. Saya harap, hari kemerdekaan Malaysia tahun ini akan menjadi hari yang bermakna bagi semua rakyat Malaysia atas pentadbiran kerajaan baru. Akhirnya, semoga rakyat Malaysia hidup dengan aman dan harmani serta negara Malaysia kian maju ke hadapan dan berjaya merealisasikan Wawasan 2020. 




MALAYSIA BOLEH! 






No comments:

Post a Comment

Caffeinees Puchong