Wabak penyakit Koronavirus
2019 (Covid-19) merupakan sejenis penyakit radang paru-paru yang boleh mengancamkan
nyawa manusia. Virus ini boleh menjangkiti orang lain jika orang itu pernah
berinteraksi dengan pesakit. Mutakhir ini, oleh sebab “sikap acuh tak acuh” daripada
sesetengah rakyat Malaysia, penularan koronavirus dalam negara kita telah
mencapai tahap kritikal dan kerajaan telah melaksanakan penyitaan bandar dan
penutupan laluan bandar untuk mencegah penyebaran penyakit koronavirus. Melalui
cara tersebut, Kementerian Kesihatan juga boleh mengenalpasti siapa yang terjangkit
penyakit ini kerana simtom-simtom penyakit akan muncul lepas 14 hari dan
peningkatan kes Covid 19 dapat dikawalkan dengan mengurangkan aktiviti-aktiviti
sosial dan perhimpunan. Walaupun pelaksanaan tersebut telah dijalankan selama
satu minggu, kes-kes Covid-19 masih meningkat secara mendadak dan hal ini telah
menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Showing posts with label MALAY 马来语. Show all posts
Showing posts with label MALAY 马来语. Show all posts
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-61 Malaysia
“Merdeka, merdeka,
merdeka” begitulah slogan laungan di Dataran Stadium Merdeka pada tahun 31 Ogos
1957 oleh Tunku Abdul Rahman apabila beliau mengumumkan negara kita telah bebas
daripada penjajahan kerajaan British. Masa berlalu dengan cepat, Negara
Malaysia telah bebas daripada penjajahan asing selama 61 tahun. Pada 31 Ogos
2018 ini juga merupakan hari kemerdekaan
ke-61 kepada Malaysia dan tahun pertama kepada kerajaan baru kita menyambut hari
kemerdekaan bertema “Sayangi Malaysiaku” Di sini, saya ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-61 kepada semua rakyat Malaysia dan harap
dengan pembentukan kerajaan baru, semoga Malaysia kian maju ke hadapan dan
berjaya merealisasikan Wawasan 2020.Sejurus dengan itu, melalui Hari Kemerdekaan
ke-61 bermakna ini, saya ingin mengambil peluang ini untuk memberi cadangan
saya terhadap perkembangan Malaysia pada masa kini dan depan.
Malaysia, Permulaan yang baru 2018
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum , budaya, dan agama. Antaranya adalah Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Apabila nama Malaysia dinaikkan di pentas dunia, tidak dapat dinafikan bahawa keunikan dan keindahan Malaysia sering dipuji oleh negara-negara lain oleh sebab pelbagai jenis bangsa dan kaum boleh hidup bersatu padu dalam satu negara tanpa masalah discriminasi, konflik, dan kritikan. Perkembangan teknologi, politik dan ekonomi juga semakin matang dan maju atas setiap usaha pemimpin-pemimpin dan rakyat Malaysia yang berfikiran jauh dan menpunyai sanubari untuk memajukan negara Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Life in Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Polytechnics In the year 2010, I had been offered by the local government to pursue my ...
-
工艺学院的生活 在2010年,我被政府入取进了莎阿南(Shah Alam) 工艺学院(Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)就读三年国际贸易管理(文凭)(Diploma in Internati...
-
A' Famosa Safari Wonderland is an animal theme park located at Alor Gajah Melaka. Around the month of June, my family and I visit...


