Malaysia dalam Wabak Covid-19




Wabak penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) merupakan sejenis penyakit radang paru-paru yang boleh mengancamkan nyawa manusia. Virus ini boleh menjangkiti orang lain jika orang itu pernah berinteraksi dengan pesakit. Mutakhir ini, oleh sebab “sikap acuh tak acuh” daripada sesetengah rakyat Malaysia, penularan koronavirus dalam negara kita telah mencapai tahap kritikal dan kerajaan telah melaksanakan penyitaan bandar dan penutupan laluan bandar untuk mencegah penyebaran penyakit koronavirus. Melalui cara tersebut, Kementerian Kesihatan juga boleh mengenalpasti siapa yang terjangkit penyakit ini kerana simtom-simtom penyakit akan muncul lepas 14 hari dan peningkatan kes Covid 19 dapat dikawalkan dengan mengurangkan aktiviti-aktiviti sosial dan perhimpunan. Walaupun pelaksanaan tersebut telah dijalankan selama satu minggu, kes-kes Covid-19 masih meningkat secara mendadak dan hal ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia.



Selama tempoh satu minggu penutupan bandar dan jalan raya, seluruh tempat tinggal dan kerja saya telah menjadi sunyi. Oleh sebab syarikat saya telah ditutupkan oleh pengawal secara sementera, saya perlu bekerja dekat rumah kawan saya. Kalau nak tempah makanan atau beli barang harian, saya perlu mengenal pasti kedai itu tidak dipenuhi dengan orang ramai untuk mengelakkan terkena jangkitan tersebut. Selain itu, semua aktiviti bersukan seperti berlari, bermain bola keranjang, berenang dan lain-lain juga tidak dibenarkan oleh pihak kerajaan walaupun cuma kamu seorang sahaja, Berbanding masa sekarang dan minggu lepas, hidup sekarang sudah lain dan kita cuma boleh singgah dalam rumah dan tidak boleh keluar daripada rumah kecuali membeli makanan atau barang harian sahaja. Tujuan semua tindakan tersebut dijalankan adalah untuk mencegah penyebaran virus ini dalam kalangan rakyat Malaysia.




Gambar Rajah 1: Laluan Jalan Raya dalam keadaan sunyi pada waktu pagi selepas Pihak Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan


Gambar Rajah 2: Semua kedai telah ditutup selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan


Gambar Rajah 3: Tempat letak kereta dekat pusat beli-belah menpunyai banyak kekosongan dan sunyi


Gambar Rajah 4: Kedai-kedai dalam pusat beli-belah telah tutup kecuali restoran, kafe, dan kedai menjual barang harian


Gambar Rajah 5: Syarikat-syarikat swasta dalam keadaan sunyi dan semua staf dibenarkan bekerja di dalam rumah masing-masing


Gambar Rajah 6: Keluarga tidak dibenarkan singgah di taman rekreasi dekat pusat beli belah selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah penularan koronavirus


Wabak Covid-19 telah membawa impak negatif kepada kerajaan, pihak swasta dan rakyat Malaysia.  Tentang kesan-kesan kepada kerajaan, wabak tersebut menyebabkan pihak kerajaan perlu menambahkan kakitangan dan kos perbelanjaan untuk menyediakan rawatan yang rapi untuk merawat pesakit-pesakit yang mengalami penyakit Covid-19 dan bekerjasama dengan pihak polis dan anggota tentera untuk memastikan rakyat Malaysia memberi kerjasama dan tidak keluar daripada rumah tanpa sebarang alasan yang munasabah. Hal ini demikian kerana cuma pelaksanaan pengasingan diri, mengekalkan jarak antara satu sama lain, dan sekatan jalan merupakan tindakan yang berkesan untuk menghalang penyebaran virus ini. Ringkasnya, kewujudan Covid-19 di Malaysia telah meningkatkan beban kerja pihak kerajaan terutamanya pihak polis, pihak kesihatan, dan anggota Tentera Malaysia.


Kehidupan Rakyat Malaysia juga telah berubah berbanding dengan dahulu. Semua rakyat Malaysia perlu mengasingkan diri daripada tempat orang ramai selama 14 hari dengan singgah di dalam rumah sahaja, Pembelian panik juga berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia, semua barang harian seperti makanan dan minuman akan dibeli oleh rakyat secara berlebihan. Produk untuk mencegah virus ini seperti penutup mulut, produk membasmi kuman, dan sanitizer juga mengalami kekurangan stok oleh sebab rakyat Malaysia memberi secara berlebihan. Selain itu, semua rakyat Malaysia perlu duduk dalam rumah masing-masing dan perlu bekerja dalam rumah sementera. Jika sesiapa yang tidak memberi kerjasama, pihak polis ada hak untuk menangkap orang itu sebab mereka melanggari Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Sehubungan dengan itu, sesetengah daripada Rakyat Malaysia juga akan mengalami masalah kewangan dalam hidup. Hal ini demikian kerana kedai-kedai mereka terpaksa tutup dan ini akan menyebabkan mereka tidak dapat sebarang keuntungan untuk mengekalkan kehidupan mereka. Bagi orang yang bekerja dalam syarikat, walaupun gaji tetap dikeluarkan oleh sesetengah syarikat, tetapi sebarang urusan niaga antarabangsa perlu ditangguhkan oleh sebab mereka tidak dibenarkan pergi ke luar negara. Rumusannya, penyebaran penyakit ini telah membawa pengaruhan besar terhadap kehidupan rakyat Malaysia.

                                                                     
Pihak swasta akan mengalami masalah ekonomi dari segi kewangan. Terutamanya dalam bidang perlancongan, pakaian dan hiasan, perhotelan, perniagaan antarabangsa, perdagangan,dan peruncitan, pihak-pihak yang berkaitan akan mengalami masalah kekurangan pelangan dan kerugian disebabkan oleh perintah kawalan dijalankan oleh pihak kerajaan demi mencegah penularan koronavirus-19. Contohnya, kedai-kedai seperti baju, barang-barang hiasan, buku, dan lain-lain di dalam pusat beli-belah perlu ditutup sementera untuk mencegah penularan virus ini. Kesannya, hal ini akan menyebabkan kedai-kedai mengalami kerugian atau terpaksa tutup jika tiada keuntungan untuk menyokong seluruh kos operasi. Manakala kedai-kedai yang menjual barang harian dan makanan,mereka akan mengalami kekurangan stok oleh sebab rakyat membeli barang-barang secara kelebihan untuk mengekalkan kehidupan. Keseluruhannya, jika penyebaran virus ini masih dalam keadaan kritikal, hal ini akan menyebabkan pihak swasta mengalami masalah kewangan dan operasi.


Tuntasnya, sebagai rakyat Malaysia, kita tidak harus menuding jari kepada kaum lain tentang penularan koronavirus 19 pada masa ini. Kita seharusnya memberi kerjasama penuh kepada pihak kerajaan dengan mengurangkan akitiviti luar dan mengasingkan diri daripada orang lain. Hal ini demikian kerana kerjasama ini bukan satu pilihan dan ini adalah satu kewajipan untuk menghalang penularan virus ini. Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang drastik kepada sesiapa yang tidak melanggari Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 supaya boleh mencegah penularan virus ini. Akhirnya, saya berharap rakyat Malaysia boleh mengharungi rintangan ini dan Malaysia boleh pulih kembali ke negara yang sihat dan sejahtera.

No comments:

Post a Comment

Caffeinees Puchong